a. MEMBERSIH RUMPAI / SAMPAH
1.1
Definisi
Rumpai/Sampah
Rumpai
Rumpai ialah semua
jenis tumbuhan di dalam sesuatu kawasan di mana tumbuhan itu tidak dikehendaki.
Definisi rumpai yang lain adalah :
§ Sebarang tumbuhan
yang mengganggu aktiviti dan kebajikan manusia.
§ Mempunyai daya
persaingan dan sangat agresif. Tumbuhan yang hidup dengan cepat dan agresif
hingga menyingkir tumbuhan yang lain.
§ Tumbuhan yang kekal
dan sukar dikawal.
§ Tidak berguna dan
tidak memberi faedah. Tumbuhan yang tidak diperlukan dan perlu dikawal.
§ Tumbuhan yang tumbuh
tanpa ditanam atau disemai.
§ Tumbuhan yang hidup
liar yang tumbuh di kawasan pertanian dan biasanya buruk dipandang mata.
§ Rumpai adalah
tumbuhan yang mempunyai cara pembiakan yang sangat berkesan.
Sampah
Sampah ialah bahan-bahan buangan atau
bahan-bahan yang tidak dikehendaki. Ianya boleh terdiri daripada
perkara-perkara seperti berikut :
§ Tin-tin minuman
§ Kaca
§ Kertas
§ Sisa koyakan polibeg
§ Bekas racun
§ Pecahan pasu
§ Sisa pungkasan
§ Guni-guni reput/koyak
§ dan lain-lain bahan
tidak dikehendaki
1.2 Aktiviti
Menebas / Melonggok / Melupus
Kerja-kerja pembersihan kawasan untuk
memajukan projek pertanian adalah penting untuk memastikan kawasan yang
diusahakan bersih dari sebarang tawaran yang tidak dikehendaki.
Kerja-kerja menebas, melonggok dan
melupuskan tumbuhan rumpai dan sampah dilakukan pada peringkat awal pembersihan
kawasan.
Aktiviti
menebas rumpai
i. Kawalan
rumpai secara menebas, mencangkul, mencabut dengan tangan dan menggunakan
sungkupan. Kaedah kawalan rumpai ini dipanggil amalan kultur.
ii.
Menebas
boleh dilakukan dengan menggunakan parang panjang dengan memotong bahagian atas
rumpai ke paras tanah.
iii.
Menebas
tidak begitu sesuai untuk mengawal rumpai yang tumbuh rapat dengan tanah.
iv.
Kebanyakan
rumpai perlu ditebas pada peringkat pertunasan atau lebih awal lagi kerana pada
masa ini masalah rumpai masih belum serius.
Aktiviti
melonggok rumpai/sampah
i.
Kumpulkan
semua sisa rumpai dan sampah dengan menggunakan penyapu dan pencakar.
ii.
Sekiranya
sisa rumpai dan sampah banyak boleh dikumpulkan dengan membuat beberapa
longgokan.
iii.
Tiap-tiap
satu longgokan boleh bergaris rentas antara 3.3 hingga 6.6 meter.
iv.
Gunakan
skop atau tangan untuk memasukkan longgokan tadi ke dalam bekas, bekas sampah.
v.
Gunakan
kereta sorong untuk mengangkut bekas-bekas sampah ke tempat pelupusan rumpai
dan sampah.
Aktiviti
melupus rumpai/sampah
i.
Membakar
pelupusan sisa rumpai dan sampah yang hendak dibakar dan dimasukkan ke dalam tempat pembakaran.
ii.
Longgokan
sisa rumpai dan sampah dibalikkan semasa pembakaran untuk mempercepatkan proses
pembakaran dan pelupusan.
iii.
Benda-benda
seperti tiub getah, tayar terpakai atau kertas boleh digunakan sebagai bahan
pembakar.
iv.
Jika
menggunakan minyak tanah sebagai bahan/pembakar, curahkan sedikit minyak ke
atas longgokan sampah dan letakkan bahan pembakar yang telah dibakar ke atas
longgokan sisa rumpai dan sampah tersebut.
v.
Pembakaran
ini hendaklah dikawal supaya tidak merebak ke kawasan lain.
Menanam rumpai/sampah
i.
Semua
sisa rumpai dan sampah yang tidak boleh dikitar semula dikumpulkan di suatu
tempat tertentu untuk ditanam.
ii.
Sediakan
lubang berukuran 1m x 1m x 1m dengan menggunakan cangkul dan masukkan sisa
rumpai dan sampah tadi ke dalam lubang.
iii.
Kambus
sisa rumpai dan sampah tadi dengan satu lapisan tanah setebal 0.3 m (1 kaki)
dengan menggunakan cangkul.
Membuat
kompos
i.
Sisa
rumpai dan sampah boleh dilonggokan mengikut saiz 1m x 1m.
ii.
Kemudian
kapur boleh ditaburkan rata-rata di atas longgokan tadi.
iii.
Kemudian
longgokan tadi boleh ditutup dengan plastik dan ditindih dengan pemberat dan
dibiarkan beberapa hari untuk dijadikan baja kompos.

No comments:
Post a Comment