Saturday, 21 December 2013

MEMBERSIH RUMPAI / SAMPAH



       a.  MEMBERSIH RUMPAI / SAMPAH

1.1            Definisi Rumpai/Sampah

Rumpai 

Rumpai ialah semua jenis tumbuhan di dalam sesuatu kawasan di mana tumbuhan itu tidak dikehendaki. Definisi rumpai yang lain adalah :

§  Sebarang tumbuhan yang mengganggu aktiviti dan kebajikan manusia.
§  Mempunyai daya persaingan dan sangat agresif. Tumbuhan yang hidup dengan cepat dan agresif hingga menyingkir tumbuhan yang lain.
§  Tumbuhan yang kekal dan sukar dikawal.
§  Tidak berguna dan tidak memberi faedah. Tumbuhan yang tidak diperlukan dan perlu dikawal.
§  Tumbuhan yang tumbuh tanpa ditanam atau disemai.
§  Tumbuhan yang hidup liar yang tumbuh di kawasan pertanian dan biasanya buruk dipandang mata.
§  Rumpai adalah tumbuhan yang mempunyai cara pembiakan yang sangat berkesan.

        Sampah

Sampah ialah bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak dikehendaki. Ianya boleh terdiri daripada perkara-perkara seperti berikut :
               
§  Tin-tin minuman
§  Kaca
§  Kertas
§  Sisa koyakan polibeg
§  Bekas racun
§  Pecahan pasu
§  Sisa pungkasan
§  Guni-guni reput/koyak
§  dan lain-lain bahan tidak dikehendaki


1.2   Aktiviti  Menebas / Melonggok / Melupus

Kerja-kerja pembersihan kawasan untuk memajukan projek pertanian adalah penting untuk memastikan kawasan yang diusahakan bersih dari sebarang tawaran yang tidak dikehendaki.

Kerja-kerja menebas, melonggok dan melupuskan tumbuhan rumpai dan sampah dilakukan pada peringkat awal pembersihan kawasan.


Aktiviti menebas rumpai

i.             Kawalan rumpai secara menebas, mencangkul, mencabut dengan tangan dan menggunakan sungkupan. Kaedah kawalan rumpai ini dipanggil amalan kultur.

ii.           Menebas boleh dilakukan dengan menggunakan parang panjang dengan memotong bahagian atas rumpai ke paras tanah.

iii.         Menebas tidak begitu sesuai untuk mengawal rumpai yang tumbuh rapat dengan tanah.

iv.         Kebanyakan rumpai perlu ditebas pada peringkat pertunasan atau lebih awal lagi kerana pada masa ini masalah rumpai masih belum serius.

Aktiviti melonggok rumpai/sampah

i.             Kumpulkan semua sisa rumpai dan sampah dengan menggunakan penyapu dan pencakar.

ii.           Sekiranya sisa rumpai dan sampah banyak boleh dikumpulkan dengan membuat beberapa longgokan.

iii.         Tiap-tiap satu longgokan boleh bergaris rentas antara 3.3 hingga 6.6 meter.

iv.         Gunakan skop atau tangan untuk memasukkan longgokan tadi ke dalam bekas, bekas sampah.

v.           Gunakan kereta sorong untuk mengangkut bekas-bekas sampah ke tempat pelupusan rumpai dan sampah.

Aktiviti melupus rumpai/sampah

i.             Membakar pelupusan sisa rumpai dan sampah yang hendak dibakar  dan dimasukkan ke dalam tempat pembakaran.

ii.           Longgokan sisa rumpai dan sampah dibalikkan semasa pembakaran untuk mempercepatkan proses pembakaran dan pelupusan.

iii.         Benda-benda seperti tiub getah, tayar terpakai atau kertas boleh digunakan sebagai bahan pembakar.

iv.         Jika menggunakan minyak tanah sebagai bahan/pembakar, curahkan sedikit minyak ke atas longgokan sampah dan letakkan bahan pembakar yang telah dibakar ke atas longgokan sisa rumpai dan sampah tersebut.

v.           Pembakaran ini hendaklah dikawal supaya tidak merebak ke kawasan lain.


Menanam rumpai/sampah

i.             Semua sisa rumpai dan sampah yang tidak boleh dikitar semula dikumpulkan di suatu tempat tertentu untuk ditanam.

ii.           Sediakan lubang berukuran 1m x 1m x 1m dengan menggunakan cangkul dan masukkan sisa rumpai dan sampah tadi ke dalam lubang.

iii.         Kambus sisa rumpai dan sampah tadi dengan satu lapisan tanah setebal 0.3 m (1 kaki) dengan menggunakan cangkul.

Membuat kompos

i.             Sisa rumpai dan sampah boleh dilonggokan mengikut saiz 1m x 1m.

ii.           Kemudian kapur boleh ditaburkan rata-rata di atas longgokan tadi.

iii.         Kemudian longgokan tadi boleh ditutup dengan plastik dan ditindih dengan pemberat dan dibiarkan beberapa hari untuk dijadikan baja kompos.